OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru;
2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri;
3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan;
4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi;
5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT HASIL
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Mengutip tunggakan cukai tanah dan cukai tanah semasa kepada peringkat maksimum;
2. Menyelesaikan dan meminimumkan tunggakan kes-kes bayaran balik deposit (pengambilan balik tanah & permit bahan batuan) secepat mungkin;
3. Memastikan semua permohonan pertukaran alamat telah dimasukkan ke dalam sistem;
4. Memastikan tiada masalah pelarasan bayaran berlaku untuk tahun berikutnya;
5. Memastikan pemilik yang memohon bayaran cukai tanah secara ansuran mematuhi perjanjian yang dibuat sekiranya permohonan diluluskan;
6. Memastikan kesemua pemilik tanah menerima bil cukai tanah mereka dengan cara menghantarnya semula (sekiranya data pos tidak berjaya menghantarnya);
7. Melalui penghantaran notis, A. R Register (bagi pemilik yang tidak mahu menerima bil) dan sebagainya.

![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | |














