OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru;
2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri;
3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan;
4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi;
5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memproses permohonan Tukar Syarat Tanah :
i. Seksyen 197, KTN Serah Balik Tanah dan Seksyen 76, KTN Diberi milik Semula Tanah
ii. Seksyen 204B, KTN Serah Balik Tanah dan Beri milik Semula
iii. Seksyen 124A, KTN Permohonan Secara Serentak
iv. Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Tanah
v. Seksyen 124(1)(a) dan (c), KTN Tukar Syarat Tanah
vi. Seksyen 124(1)(c), KTN Pindaan Syarat Nyata Tanah
2. Memproses permohonan Pecah Sempadan, Bahagian, Penyatuan, dan Penyerahan Balik Sebahagian Tanah :
i. Seksyen 135-139, KTN Pecah Sempadan Tanah
ii. Seksyen 200, KTN Penyerahan Balik Sebahagian Tanah
iii. Seksyen 140-144, KTN Pecah Bahagian Tanah
iv. Seksyen 146-150, KTN Penyatuan Tanah
v. Seksyen 200, KTN (Borang 12B) Permohonan Untuk Penyerahan Balik Tanah
3. Menyedia maklum balas Ulasan Kebenaran Merancang;
4. Memproses permohonan Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486);
5. Permohonan Supaya Bangunan Dikelaskan Sebagai Bangunan Kos Rendah.
?










