BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN OBJEKTIF Memberi khidmat sokongan yang padu dalam merealisasikan visi Pejabat Daerah dan Tanah Sepang dalam bidang Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Kewangan, Perkhidmatan Personel, Keselamatan, Protokol dan Teknologi Maklumat. FUNGSI / AKTIVITI UTAMA 1. Menguruskan penstrukturan, pengukuhan dan pengisian perjawatan di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 2. Menguruskan penempatan dan permohonan pertukaran pegawai Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 3. Menguruskan pengesahan jawatan, taraf berpencen dan persaraan pegawai Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 4. Menguruskan pembangunan latihan dan kompetesi personal di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 5. Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan dan perolehan di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 6. Menguruskan pentadbiran dan logistik di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 7. Menguruskan Aktiviti Majlis dan Keraian di Daerah Sepang; 8. Menguruskan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 9. Menguruskan perlaksanaan aplikasi Human Resource Managment Information System (HRMIS) di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 10. Menguruskan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah dan Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus, Perhimpunan Bulanan, Anugerah Perkhidmatan Pejabat Cemerlang (APPC), Mesyuarat Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan; 11. Melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pelan Strategik Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 12. Menguruskan aset tak alih dan aset alih Pejabat Daerah/Tanah Sepang; 13. Melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:20015 di Pejabat Daerah/Tanah Sepang; dan 14. Menguruskan surat-surat keluar dan masuk di Pejabat Daerah/Tanah Sepang. |
SENARAI BORANG PERKHIDMATAN
Kemaskini pada 2022-11-08 17:27:14 daripada Administrator