OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru;
2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri;
3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan;
4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi;
5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Menyediakan laporan yang diperlukan oleh semua unit di bahagian tanah berkaitan pengesahan dan ulasan berkaitan dengan tanah;
2. Menjual pelan yang diperlukan;
3. Menguatkuasa Undang-undang yang diperlukan dalam kanun tanah negara;
4. Melaksanakan rondaan dan intipan;
5. Memberi khidmat bantuan sekiranya berlaku bencana alam.










