Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Enakmen Kebebasan Maklumat

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.
 
Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-
 
i.    Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
 
ii.    Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan yang berkenaan bersama-sama bayaran RM12.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Sahaja) iaitu RM 2 untuk fi permohonan dan RM10 untuk deposit fi pemprosesan yang tidak akan dikembalikan;
 
iii.    Pegawai Maklumat yang dilantik bagi setiap Jabatan (sebagaimana Senarai Pegawai Maklumat di bawah) akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari  tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan
 
iv    Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar baki fi pemprosesan (sekiranya perlu) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan
 
v.    Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan.
 
(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut) 

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian terus 03-5544 7671 / 7059 atau e-mel siddiq@selangor.gov.my atau balqish@selangor.gov.my.
 
Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011
Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011
Kaedah-kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012
Borang A [Peraturan 3] Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat
Penetapan Tarikh Permulaan Kuatkuasa
Senarai Pegawai-pegawai Maklumat Di Bawah Seksyen 3 Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011

 


Kemaskini pada 2019-03-15 10:44:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page