KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
PENGENALAN
Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
MANFAAT KAD KISS
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak;
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless);
- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan; dan
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg,buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had
dari segi jenama barangan yang dipilih.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia; dan
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.
CARA MENDAFTAR
- Akan datang Secara atas talian : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau
- Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web atau boleh diambil di :
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
|
Kemaskini pada 2017-12-13 12:48:08 daripada Administrator