Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

MPSepang lancar aplikasi mobile e-aduan dan portal Idea Bajet 2019

BERITA SELANGOR |  image   | 26 FEBRUARI 2018
 

OLEH SABIRAH AZIZ

CYBERJAYA, 26 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melancarkan aplikasi mobile e-aduan dan portal Idea Bajet 2019 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat, di sini, hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Muhammad Hafiz Shaari berkata, aplikasi mobile e-aduan itu bermula pada awal bulan Jun 2017, manakala portal Idea Bajet 2019 bakal dibuka kepada orang ramai, bermula 1 hingga 15 Mac ini.

“Aplikasi mobile e-aduan ini adalah salah satu saluran baru yang berinovasi tinggi susulan kewujudan Sistem Pengurusan Aduan Elektronik (e-Aduan) pada 2005 bagi menangani aduan dikemukakan orang awam.

image“Antara keistimewaan aplikasi ini adalah paparan mesra pengguna, pengesan lokasi GPS aduan, semak senarai aduan dan lancar aduan baru termasuk memuat naik gambar diperlukan,” katanya selepas melancarkan aplikasi dan portal berkenaan.

Muhammad Hafiz berkata, orang ramai yang mempunyai akaun berdaftar boleh terus menggunakan aplikasi itu tanpa perlu mendaftar akaun baru serta boleh didapati secara percuma di Google Play store atau Apple Appstore.

 

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan portal Idea Bajet 2019 diperkenalkan bagi menjana idea dalam memperkasakan struktur ekonomi, di Sepang.

“Ia juga selaras hasrat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yang mahu penyertaan rakyat dalam memberi pandangan bagi penyediaan Bajet 2019.

“Melalui pengenalan portal ini, ia dapat memberi kelebihan kepada masyarakat setempat mengemukakan idea untuk penambahbaikan pengurusan bajet, pada masa akan datang.

“Justeru itu, saya menyeru semua pihak supaya menyebarkan perkara berkenaan kepada seluruh warga Sepang dan orang ramai,” katanya.

 


Kemaskini pada 2020-10-13 10:28:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page