Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Titik penamat penantian 45 tahun penduduk Kampung Sungai Buah

BERITA SELANGOR |  image   | 27 Februari 2018

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 27 FEB: Perjuangan hampir 45 tahun penduduk Kampung Sungai Buah untuk memiliki hakmilik muktamad akhirnya menuju titik penamat apabila Kerajaan Negeri meluluskan permohonan itu.

Lebih manis, warkah gembira 55 hak milik muktamad itu diserahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Penyerahan Hakmilik Muktamad dan Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Bagi Mukim Dengkil, Daerah Sepang bertempat di Padang Awam Kampung Sungai Buah.

Mohamed Azmin dalam ucaptama mengingatkan penduduk supaya menjaga hartanah mereka khususnya untuk generasi akan datang memandangkan nilai hartanah di Sepang semakin meningkat.

“Nasihat saya, jaga tanah ini kerana di Sepang (harga) semakin mahal. Jagalah untuk keluarga, anak cucu serta pelihara keharmonian penduduk di kampung ini,” katanya.

imageMenurutnya, Kerajaan Negeri tidak akan melengahkan permohonan rakyat berbanding amalan kerajaan lain yang lebih mengutamakan ‘saudagar besar’.

Dalam majlis sama, Mohamed Azmin menyerahkan Kad KISS kepada 10 penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Buah.

Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Negeri Selangor yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminudin, turut menyerahkankan sumbangan disempurnakan Mohamed Azmin berjumlah RM130,000 yang diagihkan RM50,000 kepada Masjid Raudhatul Jannah manakala Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Sungai Buah, Surau Al-Hidayah, Surau Ikhwal Muslimin dan Surau Al-Ikhlas masing-masing menerima RM20,000.

=EZY=

 


Kemaskini pada 2020-10-13 10:28:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page