Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Siti Zalina masih mahu bermain boling padang

 

 

Siti Zalina masih mahu bermain boling padang

16 April 2018 2:32 PM

image

Siti Zalina (kanan).

SEPANG - Atlet boling padang veteran negara, Siti Zalina Ahmad masih berminat untuk terus menyumbang bakti untuk negara di pentas antarabangsa walaupun sudah mencecah usia 38 tahun.

Anak jati Perak itu yang menyumbang pingat emas bersama Emma Firyana Saroji dalam acara pairs wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, baru-baru ini menegaskan, beliau masih belum berhasrat untuk bersara daripada sukan berkenaan yang sudah sebati dalam dirinya.

"Kalau orang tanya perancangan untuk bersara, perkara itu tiada dalam fikiran saya lagi kerana saya masih berminat menjadi seorang atlet dan apabila kita sudah meraih sesuatu kejayaan, kita semestinya menyasarkan kejayaan yang lain," katanya.

Siti Zalina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bersama skuad boling padang negara dari Gold Coast, awal pagi ini.

Menyentuh mengenai kejayaan meraih emas, beliau yang merupakan seorang anggota polis menjelaskan ia hasil daripada latihan intensif selama hampir dua bulan di Australia sebelum bermulanya temasya Sukan Komanwel. - Bernama

 

 

 


Kemaskini pada 2020-10-13 10:29:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page