Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Sejarah Daerah Sepang

 
 
SEJARAH DAERAH SEPANG

 

Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk seperti hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban disempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul. Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah Petaling menjadikan jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.

 

Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasam-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975 . Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 26 Ogos 1983 . Bandar Baru Salak Tinggi juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Tebang (Airport City). Bandar Baru Salak Tinggi seluas 896 hektar sedang giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya ianya menjadi setaraf serta mampu menyokongi projek-projek daerah lain. Selain daripada bangunan kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan awam yang diperlukan oleh rakyat seperti perpustakaan, kolam renang dan sebagainya.

 

image    image

Pusat Pentadbiran Daerah Sepang  - Dahulu                                                                Pusat Pentadbiran Daerah Sepang  - Sekarang


Jaringan jalanraya di dalam Daerah Sepang juga telah bertambah dan akan dipertingkatkan. Ia terdiri daripada Lebuhraya Elite di bahagian barat, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di bahagian timur dan Lebuhraya B20 di pertengahannya. Sistem ini kelak akan dipertingkatkan lagi dengan jalanraya-jalanraya baru seperti South Klang Valley Expressway, Dedicated Highway, Putrajaya Urban Motorway dan Lebuhraya B15 baru. Disamping itu, Daerah Sepang juga dilengkapi dengan Sistem keretapi Ringan (Express Rail Link - ERL) yang telah siap dibina untuk menghubungi Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek mega supaya pembangunan di sekitar Daerah Sepang akan terus berjalan lancar.

 


Kemaskini pada 2022-12-01 17:44:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page