Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

E-Penyertaan Awam


KATEGORI

PAUTAN DAN STATUS DIBUKA

PAUTAN DAN STATUS DIBUKA KEPUTUSAN

 

Perkhidmatan

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang

 

Borang Kajian Online [Sedang Dibuka]

 

Sedang Dibuka

 

Perkhidmatan

 

Undian Ciri-Ciri Portal PDT Sepang

Borang Undian Ringkas [Sedang Dibuka]

 

Sedang Dibuka

 


Mengenai E-Penyertaan

E-Penyertaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Daerah/Tanah Sepang. Pejabat Daerah/Tanah Sepang sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan kami menerokai perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Borang Kajian Online, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Media Sosial rasmi iaitu Facebook dan Twitter.


Polisi E-Penyertaan

Pejabat Daerah/Tanah Sepang amat mengalu-alukan penyertaan anda dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kekalkan budaya berbudi bahasa rakyat Malaysia dengan mengelakkan dari menggunakan bahasa kesat
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang surat berantai, E-mel sampah (junk E-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.


Kemaskini pada 2023-03-02 12:30:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page