Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Bersih Pantai Bagan Lalang

Bersih pantai Bagan Lalang

Sumber : MyMetro

image

SUKARELAWAN bersama benih pokok bakau yang ditanam di kawasan pantai Bagan Lalang.

Siti Zarinah Sahib

sitizarinah@hmetro.com.my

Menjaga alam sekitar menjadi tanggungjawab semua. Namun kurang kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar membuatkan ramai individu bersikap mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah di merata-rata tempat termasuk laut dan sungai. Ini mengakibatkan sungai dicemari pelbagai benda asing termasuk bahan kimia.

Memberi kesedaran sejak kecil adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan ekosistem alam sekitar terjaga. Namun pendidikan saja tidak mencukupi tanpa program kesedaran yang membantu masyarakat untuk lebih mencintai alam semula jadi ini.

Hal ini mendorong 48 kakitangan Nestlé Malaysia berganding bahu dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) membersihkan pantai Bagan Lalang, Selangor dan menanam benih pokok bakau.

Program bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia, dianjurkan sebagai sebahagian daripada tema Menghulurkan Tangan Kepada Masyarakat dan Kanak-Kanak di bawah Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia.

Mencerminkan komitmen syarikat untuk terus memelihara alam sekitar, sukarelawan ini mengutip hampir 300 kilogram sampah semasa gotong-royong membersihkan pantai dan menanam 354 benih pokok bakau.

Menurut Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, Nirmalah Thurai, pada tahun lalu Nestlé memberi keutamaan kepada kakitangan di Sarawak menyertai gotong-royong membersihkan pantai di Marina Bay, Miri.

“Melihat sambutan yang memberangsangkan, sekali lagi kami menjalankan usaha yang sama di Bagan Lalang. Kami komited menjaga keselamatan alam sekitar dan bangga melihat begitu ramai kakitangan yang sanggup bersama-sama memainkan menyumbang tenaga demi kepentingan masyarakat pada hari ini,” katanya.

ANTARA sampah dijumpai.

Salah seorang kakitangan Nestlé Malaysia, Siti Nurul Idayu berkata, aktiviti itu membuka matanya untuk lebih memahami pentingnya menjaga alam sekitar. Ini juga adalah inisiatif yang baik untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya pencemaran pantai.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Perkongsian MNS, Raffi Ismail, pihaknya amat berbesar hati apabila melihat kesungguhan kakitangan Nestlé Malaysia membersihkan pantai. Pada masa sama mereka komited memainkan peranan sebagai anggota masyarakat dalam melindungi laut dan sungai daripada terus tercemar.

“Sebagai organisasi yang menyokong dan mendidik orang ramai mengenai alam sekitar, MNS teruja melihat syarikat seperti Nestlé membantu dalam usaha memulihara alam sekitar. Saya berharap lebih banyak syarikat tampil memberikan sokongan yang sama,” ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 7:00 AM

 

 


Kemaskini pada 2020-10-13 10:31:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page