Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Soalan Lazim Portal Bahagian Pembangunan

SOALAN 1  :     

Apakah itu program IPR?

JAWAPAN  :



 

IPR adalah singkatan kepada  Inisiatif Peduli Rakyat  bemula pada Mac 2008. Kekayaan hasil Negeri Selangor disalurkan kepada rakyat Negeri Selangor melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimulakan dengan 7 agenda kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.

 

 

SOALAN 2  :

Apakah jenis bantuan yang boleh didapati oleh pengusaha IKS dan para peniaga kecil-kecilan.

JAWAPAN   :



 

Kerajaan negeri telah menyediakan bantuan berbentuk Peralatan dan mesin bagi pengusaha IKS di mana pengusaha boleh memohon dan mendapatkan borang Bantuan Dana Industri Kampung di Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Sepang. Terdapat juga Bantuan ‘Blueprint’ pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mengusahakan dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Borang juga boleh diperolehi di Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri , Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam atau Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Sepang.

SOALAN 3  : 

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan jalan baru?

JAWAPAN  :


 

Pemohon perlu mengajukan permohonan melalui Ketua Kampung berserta gambar dan alamat lokasi. Seterusnaya Ketua kampung membuat surat permohonan kepada Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Sepang melalui Penghulu Kawasan masing-masing. Lawatan oleh penolong jurutera untuk di buat aggaran peruntukan. Permohonan akan dimajukan ke Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN, Shah Alam bagi mendapatkan  kelulusan.

 

 

SOALAN 4   :

Apakah jenis bantuan rumah kerajaan prihatin yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan perlukah ada bayaran.

JAWAPAN  :   







 

Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan bantuan untuk membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

1)   Bantuan Bina Baru

a)    3 bilik 1 tandas keluasan 660 kaki persegi

2)   Bantuan Baik Pulih bagi bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM20,000.00

Penerima bantuan tidak perlu membayar apa-apa bayaran. Pemohon wajib mengisi boring permohonan baik pulih/bina baru. Borang berkenaan boleh didapati di Pejabat Daerah/Tanah Sepang atau balai penghulu.


 

 

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Bahagian Pembangunan di talian 03-87061211/1212 sambunagn 461/462


Kemaskini pada 2018-12-21 16:41:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page