Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Soalan Lazim Portal Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

   
   

SOALAN 1 

:   Berapa harga satu salinan pelan?

JAWAPAN  :   Mengikut Kaedah Tanah Selangor, harga setiap satu salinan pelan adalah bergantung kepada keluasan.Sebagai contoh:-
   
 

     i. Tidak melebihi 1 hektar                                 -    RM20.00

 

     ii. Melebihi  1 hektar tapi tidak lebih 10 hektar  -    RM50.00

 

     iii. Melebihi 10 hektar                                        -    RM100.00

 

 

SOALAN 2

:   Bila atau berapa lama pelan yang dibeli boleh diterima?

JAWAPAN :   Setiap pembelian pelan akan diserahkan pada hari yang sama kepada pemohon.

 

 

SOALAN 3  

:   Boleh tak Pelan Akui (PA) dibeli disini?

JAWAPAN

:  Tidak boleh. Pelan akui hanya boleh dibeli di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Shah Alam sahaja.

 

 

SOALAN 4

:   Boleh tak saya mohon kawasan rezab sungai ?

JAWAPAN

:   Mengikut Pekeliling PTG 1/2012 semua rezab sungai, jalan, pantai dan parit tidak dibenarkan untuk dipohon.

 

 

SOALAN 5

:   Saya ada masalah sempadan tanah, boleh Pejabat Tanah ukurkan?


 

JAWAPAN

:     i. Pejabat Tanah tidak membuat kerja pengukuran tanah.

 

      ii. Tuan tanah boleh melantik juruukur berlesen untuk membuat kerja-kerja ukur.

 

      iii. Seksyen 114 KTN menghendaki tuan tanah mengambil langkah pencegahan kerosakan atau pengalihan secara tidak sah batu sempadan di atas tanah.                           Pentadbiran tanah boleh meminta tuan tanah membayar kos pembaikan/penggantian batu sempadan yang rosak, musnah atau dialih secara tidak sah. Pentadbir             tanah juga boleh menghendaki tuan tanah berbuat demikian atas perbelanjaan sendiri. Tuan tanah juga dikehendaki membersihkan mana-mana garisan antara                mana-mana tanda sempadan.

 

   

SOALAN 6

:   Apakah itu Tanah Kerajaan?

 

JAWAPAN




 

:   Tanah Kerajaan terdiri daripada semua tanah di dalam negeri tersebut termasuklah tanah sungai dan tepi pantai serta dasar laut
    seperti yang termasuk di dalam wilayah negeri atau batas perairan wilayah selain dari tanah-tanah seperti:-
    - Tanah Rizab (Tanah Simpanan)
    - Tanah Berimilik
    - Tanah Lombong
    - Tanah Hutan

 

 

 

 

SOALAN 7

:   Adakah saya berhak mendapat pampasan sekiranya tanah yang saya usahakan tanpa izin hendak dibangunkan oleh Pihak Berkuasa?

 

JAWAPAN

:   Pihak Kerajaan tidak akan membayar sebarang pampasan ke atas pengusaha/penceroboh yang tanah tersebut hendak dibangunkan
    untuk bagi sesuatu tujuan.

 

 

 

 

SOALAN 8

:   Bolehkah saya menduduki atau mengusahakan tanah kerajaan?

 
JAWAPAN :   Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN 1965) dan jika disabitkan boleh didenda sebanyak RM 500,000.00 (Ringgit Malaysis :   Lima Ratus Ribu) atau penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-dua sekali.

 

   
SOALAN 9 :   Siapakah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan- batuan tanpa kebenaran?
   
JAWAPAN :   Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat inspector, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa oleh      Pihak Berkuasa negeri.
 

 

 

SOALAN 10  

:   Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?

 
JAWAPAN :   Boleh tetapi mestilah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Ini kerana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melantik Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd      untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir di Negeri Selangor.

 

 

 

SOALAN 11

:   Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (tanah) yang terdapat pada tanah saya sendiri?

 

JAWAPAN

:   Boleh dengan syarat perlu mendapat kebenaran atau kelulusan permit pengeluaran bahan batuan (Borang C) di Pejabat daerah/Tanah Sepang. 

 

 

 

 
SOALAN 12 :   Adakah menjadi kesalahan pada saya sekiranya tanah saya dicerobohi bagi pengeluaran bahan-batuan tanpa pengetahuan saya?
   
JAWAPAN :   Ya, menjadi kesalahan dan boleh didakwa di atas kesalahan Seksyen 426 subahat seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN 1965).                                 Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah menjaga tanahnya termasuk batu sempadan selaras Seksyen 114 Kanun Tanah Negara.
 

 

 
SOALAN 13 :   Bolehkah saya membina kilang atau tempat perniagaan seperti kedai serbaguna (hardware) di atas tanah syarat pertanian?
   
JAWAPAN :   Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 125 Kanun Tanah Negara 1965. Jika didapati pemilik tanah melakukan aktiviti di atas tanah beliau yang menyalahi            syarat kegunaan tanah, tindakan membaikpulih tanah bersama tempoh perlu dilaksanakan. Pemilik tanah juga boleh membuat permohonan pertukaran syarat tanah     ke Unit Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah/Tanah Sepang.
   

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Teknikal & Penguatkuasaan di talian 03-87061211

 

 

 

 
 

Kemaskini pada 2019-01-15 11:54:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page