Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
w3c
 
jata selangor

title

 


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas


Peta
Laman

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

MB : Bantu tingkat potensi usahawan IKS Sepang

BERITA SELANGOR |     | 29 Jun 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SEPANG, 29 JUN: Selangor sedia menjalin kerjasama dengan beberapa agensi keusahawanan bagi membantu meningkatkan potensi produk usahawan di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari daerah Sepang.

 

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, walaupun pengusaha IKS dari daerah terbabit dibantu secara berterusan melalui dana usahawan Mikro dan Hijrah Selangor (HIJRAH), tetapi bantuan diberikan adalah dalam skala kecil.

Katanya, beliau sedang meneliti beberapa agensi di peringkat persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memastikan pengusaha IKS mampu memenuhi permintaan melalui sokongan bantuan.

“Sebelum ini akses kita agak terhad dan jika kita dapat bekerjasama dengan MARA, saya percaya ia akan dapat meningkatkan potensi perniagaan mereka yang mengeluarkan makanan seperti kerepek serta makanan ringan lain.

“Daripada segi kualiti makanan saya percaya makanan itu sangat popular dan sedap selain mempunyai kualiti yang tersendiri, tetapi kadangkala untuk mengeluarkannya dalam bentuk jumlah yang besar memang mereka memerlukan suntikan tertentu.

“Setakat ini bantuan Hijrah dan dana usahawan mikro paling tinggi diberikan ialah RM50,000 seterusnya RM30,000 dan RM5,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020 (TMS2020) dan Festival Kebudayaan dan Warisan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Mohd Fauzi Mohd Yatim; Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu Tuan Khiew dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airport Holdings Berhad, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Pada masa sama, Amirudin berkata, dengan kedudukan Sepang di Selangor yang maju, MPSepang menyasarkan lima juta pelancong iaitu 80 peratus pelancong tempatan dan 20 peratus pelancong antarabangsa dengan hasil pendapatan sebanyak RM5 bilion sempena TMS2020.

“Sasaran ini mampu dicapai kerana ia diadakan seiring dengan program Tahun Melawat Malaysia yang akan turut diadakan pada tahun hadapan selain dari Sepang turut menjadi pintu masuk utama negara ini.

“Pelbagai penambahbaikan infrastuktur dan landskap direncanakan di kawasan pelancongan daerah Sepang bagi memastikan kawasan berkenaan menjadi ikon serta tarikan untuk pengunjung yang datang ke daerah ini,” katanya.


Kemaskini pada 2020-10-13 10:53:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page