Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Perarakan penuh warna-warni sambut Agong, Raja Permaisuri di KLIA

Selangorkini

SEPANG, 30 JAN: Perarakan megah dan penuh warna-warni menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Menampilkan pesona dan keindahan warisan budaya Melayu, perarakan yang diatur kemas itu bukan sahaja menarik perhatian pasangan diraja, tetapi juga penduduk tempatan dan pelancong yang berkumpul di sekitar KLIA untuk menyaksikan acara yang diadakan bersempena dengan istiadat keberangkatan balik Seri Paduka berdua ke Pahang hari ini.

Perarakan sejauh kira-kira 200 meter yang bermula dari persimpangan masuk Kompleks Bunga Raya menuju ke anjung kompleks berkenaan merupakan simbolik bagi menghidupkan semula zaman kegemilangan raja-raja Melayu dahulu kala, yang diinspirasikan daripada buku hikayat Sulalatus Sulatin atau Sejarah Melayu.

Dua ekor gajah iaitu Myan Thon Pian dan Rambai mengepalai perarakan itu yang turut disertai pemain genderang, hulubalang gagah perkasa, pembesar istana, kundang, biduanda, embuai, pembawa tombak dan inang istana.

Turut serta ialah pembawa sirih junjung, bunga emas, replika pohon beringin, payung kuning dan pembawa panji diraja diikuti rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.

Ia disusuli dengan kenderaan membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta diakhiri dengan 16 ekor kuda daripada Skuadron Istiadat Berkuda Rejimen ke-21 Kor Armor Diraja (Istiadat).

Sebanyak 399 peserta antaranya daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta kumpulan kesenian dan kebudayaan beberapa negeri menyertai perarakan yang mengambil masa lebih 30 minit, sambil diiringi lagu nobat diraja yang menggunakan peralatan muzik tradisional Melayu iaitu serunai, nafiri, gendang ibu, gendang anak dan gong.

-BERNAMA

Diterbitkan pada 24 April, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator