Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Tourism Selangor tawar diskaun hingga 50 peratus dalam pameran Matta

Selangorkini

CYBERJAYA, 16 FEB: Tourism Selangor  bakal menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengunjung Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) pada Mac dan September tahun ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Azrul Shah Mohamad berkata beberapa produk pelancongan baharu Selangor seperti Taman Tema Air Splash Mania di Kuala Langat, Sungai Panjang Agro Tourism, Sabak Bernam, Skyline Luge, Rawang Gombak, Farm Fresh @ UPM Serdang dan Pinnacle Kart, Subang Jaya juga akan dipromosikan dalam pameran itu.

image
Ahli Jawatan Kuasa Masjid Raja Haji Fisabilillah memberi penerangan kepada pengamal media berkenaan rekabentuk unik dan gaya senibina kontemporari mesra alam menjadi daya tarikan pelancongan serta pemasang tenaga solar yang baru dipasang ketika lawatan Tourism Selangor bersama media di Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita juga akan promosi Gombak Hulu Langat Geopark yang mempunyai elemen geo komuniti dan geo makanan akan diperkenalkan seperti Gua Damai Extreme Park dan Nur Lembah Pangsun Eco Resort.

“Tourism Selangor juga akan membawa pakej Selangor bas Hop In Hop Off bagi mempromosi eko pelancongan dan agro di Sepang,” katanya ditemui Selangorkini.

Terdahulu, Tourism Selangor menganjurkan program terokai alam semulajadi dan makanan Selangor bersama pengamal media melawat beberapa destinasi menarik antaranya Cahaya Lampu Festival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Taman Kucing Cyberjaya dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.

Diterbitkan pada 24 April, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator