Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

427 anak yatim daerah Sepang terima sumbangan Aidilfitri Yide

Selangorkini

SEPANG, 24 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjumlah RM64,050 kepada 427 anak yatim.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tujuh Ketua Sahabat Prihatin Yide (K-SPY) bagi daerah Sepang dan Hulu Langat yang berperanan mengenal pasti anak yatim baharu untuk disantuni.

image
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 24 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada majlis sama Baginda turut menyaksikan sesi penyerahan cek cura bernilai RM49,450 dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Yide khusus untuk dana kebajikan anak yatim.

Tengku Amir selepas itu mendengar tazkirah Ramadan disampaikan penceramah Pencetus Ummah (PU) Hafiz atau Muhammad Hafiz Mohd Haneefa sebelum menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Turut hadir Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

image
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan meyaksikan Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor menerima cek cura dari wakil PTPTN khusus bagi dana kebajikan anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 24 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 

Diterbitkan pada 24 April, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator