Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Sultan serah sumbangan Aidilfitri RM272,000 kepada 544 asnaf

Selangorkini

SEPANG, 31 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Cyberjaya 10, di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri RM272,000 kepada 544 penerima.

Penerima membabitkan 264 asnaf fakir, 141 asnaf miskin dan 139 mualaf dari sekitar Sepang masing-masing menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Dalam majlis sama, Baginda turut berkenan melafaz perasmian dan menandatangani plak merasmikan Masjid Cyberjaya 10 yang siap pada 2018 dengan kos RM12.5 juta oleh pemaju swasta.

Masjid dengan konsep terbuka dan malar hijau ini diiktiraf antara 22 masjid terbaik dunia menerusi Anugerah Abdullatif Alfozan di Riyadh, Arab Saudi bagi kategori seni bina masjid pada tahun lalu.

Selepas santapan berbuka puasa, DYMM Sultan Selangor berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih berjemaah.

Hadir sama Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Perumahan Borhan Aman Shah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

 
 

image

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada Asnaf sempena majlis Perasmian Masjid dan Berbuka Puasa di Masjid Cyberjaya 10, Sepang pada 31 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Diterbitkan pada 24 April, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator