Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Sultan rasmi Masjid Desa Sentosa, agih sumbangan raya kepada 622 asnaf

Selangorkini

by Suhaila Shahrul Annuar  9:07 pm

SEPANG, 17 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Desa Sentosa di Taman Desa Sentosa di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Masjid Desa Sentosa yang dibina di atas tanah berkeluasan 3.47 ekar terletak di mukim Dengkil di sini siap pada 2022 mampu memuatkan sehingga 2,300 jemaah dalam satu-satu masa.

Pembinaan masjid berkenaan melibatkan kos RM9.6 juta dengan sumber dana RM2 juta daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sementara bakinya RM7.6 juta menerusi infak dan sumbangan orang ramai.

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada asnaf dalam majlis perasmian masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM311,000 kepada 622 asnaf daerah Sepang terdiri daripada 220 fakir, miskin (327) dan mualaf (75).

Sumbangan itu disampaikan sempena majlis Ihya’ Ramadan Sultan Selangor bersama rakyat serta penyampaian sumbangan Hari Raya 1446H daerah Sepang.

Baginda turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih berjemaah di masjid berkenaan bersama rakyat.

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Maghrib di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Maghrib sempena majlis perasmian masjid, berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
image

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan upacara perasmian Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Diterbitkan pada 17 Jun, 2025 Diterbitkan Oleh 1