Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

EXCO: Negeri sasar selesai isu hak milik strata enam pangsapuri tahun ini

Selangorkini

by Siti Rohaizah Zainal  9:08 am

SEPANG, 1 JUN: Selangor menyasarkan enam pangsapuri diselesaikan isu hak milik strata termasuk satu di Taman Putra Perdana pada tahun ini, kata EXCO perumahan.

Datuk Borhan Aman Shah berkata isu pemilikan strata itu akan diselesaikan dengan menggunakan Dana Strata Selangor yang memperuntuk RM10 juta.

“Di Selangor 648 skim pemajuan melibatkan 138,817 petak kediaman masih belum memiliki hak milik strata sejak 2017. Dengan adanya dana ini, kita sasar enam pangsapuri diselesaikan tahun ini.

“Ini berikutan dana ini membantu pemilik menangani kos berkaitan pengeluaran hak milik seperti bayaran deposit, upah profesional, fi dan sebagainya,” katanya pada program Rewang Komuniti Strata peringkat Majlis Perbandaran Sepang di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana di sini semalam.

image
EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berucap sempena pelancaran program Rewang Komuniti Strata dan Dana Strata Selangor (DSS) di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana, Sepang pada 31 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan program tersebut dan turut melancarkan Dana Strata Selangor.

Sementara itu, Dr Sheli Elena Shaharuddin, 44, berkata penyerahan geran hak milik individu itu menoktahkan penantiannya selama 17 tahun.

“Saya beli kediaman ini sejak 2007 dan apabila dimaklumkan isu strata ini sangat gembira sebab penantian berakhir. Selepas pemaju tiada, kami memang dibiarkan begitu sahaja sehingga dua tahun lepas dipanggil bagi menyelesaikan isu ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyelesaikan isu ini namun pada masa sama berharap pentadbiran selesaikan hak milik strata ini,” katanya yang juga Pengurus Perolehan Dokumentasi dan Pengurusan Vendor Bank Rakyat.

image
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan penyerahan Dana Strata Selangor (DSS) berjumlah RM10 juta oleh EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (dua, kiri) kepada Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Dato’ TPr Dr Juhari Ahmad (dua, kanan) ketika pelancaran Program Rewang Komuniti Strata di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana, Sepang pada 31 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Diterbitkan pada 17 Jun, 2025 Diterbitkan Oleh 1