Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

4,665 unit Rumah Selangorku dibina di Sepang sehingga 2038

Selangorkini

by Siti Rohaizah Zainal  3:34 pm

 

SEPANG, 30 OKT: Sebanyak 4,665 unit Rumah Selangorku bakal dibina di Bandar Serenia bagi tempoh 2022 sehingga 2038 menerusi Projek Serenia City, Sepang.

Simbolik penyerahan kunci projek perumahan mampu milik itu disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Jelajah Selangor Penyayang daerah ini hari ini.

Pada majlis di KIP Sentral, Kota Warisan, Sime Darby Property Sdn Bhd selaku pelaksana projek diwakili Ketua Pegawai Operasi (Pembangunan Perbandaran) Apollo Leong Yong Kuang menyerahkan kunci kepada Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Dato’ Dr Juhari Ahmad.

Untuk rekod, sejak mula dilaksana pada tahun lalu, sebanyak 432 unit Rumah Selangorku di Bandar Serenia sedang dibina dan akan mula diduduki pada tahun hadapan.

image
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin menyerahkan surat tawaran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada penerima ketika Jelajah Selangor Penyayang Daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pada majlis sama, Amirudin turut menyerahkan surat tawaran kepada 10 pembeli Rumah Selangorku jenis D untuk Amalia 1 dan Amalia 2 di Sepang.

Selain itu, Amirudin turut menyaksikan penyerahan pengurusan 57 unit Skim Smart Sewa di Sepang oleh LPHS kepada Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

Menerusi penyerahan itu, Dr Juhari mewakili LPHS manakala PHSSB pula diwakili Pengurus Besarnya Wan Mohd Fadzli Mohd Yusoff.

Sepanjang 2018 hingga November tahun lalu, sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan dan ditawar kepada penduduk.

Rumah jenis C paling banyak siap iaitu 9,294 unit diikuti jenis D (7,822 unit), jenis B (4,122 unit) manakala jenis A (2,019) dan jenis E (1,171).

Diterbitkan pada 30 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator