Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Elak tekanan dalam diri, wanita disaran bijak urus masa

Selangorkini

  10:22 pm

 

SEPANG, 30 OKT: Wanita terutama yang mengurus keluarga sepenuhnya dinasihati merancang masa sebaik mungkin bagi mengelakkan tekanan timbul dalam diri.

Yang dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berkata mereka juga perlu mencari sokongan sekeliling terutama dalam kalangan keluarga serta rakan terdekat.

“Seperti diri saya, urusan anak seratus peratus saya lakukan. Suami sibuk sejak 2008 ketika dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri seterusnya Dato’ Menteri Besar.

“Jadi saya berdepan cabaran besar. Kena urus sendirian dan kadang-kadang rasa tertekan dan penat tapi saya tak anggap itu sebagai satu masalah.

“Kita kena cari jalan keluar untuk selesaikan. Bila anak semakin membesar lagi banyak cabarannya jadi kena pandai urus masa,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi Program Bual Bicara dan Hi-Tea Puspanita Sepang bersama Pekawanis sempena Jelajah Selangor Penyayang (JSP) daerah ini.

Bermula semalam, JSP berlangsung di KIP Sentral, Kota Warisan dekat sini dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan artis popular Nabila Razali dan Baby Shima.

Bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat, program turut menyajikan pertandingan sukan rakyat, persembahan kesenian dan jualan barangan asas murah menerusi inisiatif Jelajah Ehsan Rakyat.

Sebelum ini, acara sama diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Ia juga pernah diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib Kuala Langat.

Selain itu, program turut berlangsung di Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.

image
Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap ketika program bual bicara bersama Pekawanis sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
 

 

Diterbitkan pada 30 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator