Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Geran RM5,000 bantu gerakkan pelbagai program khusus ibu tunggal

Selangorkini

by Zareef Muzammil  9:01 am

 

SEPANG, 31 OKT: Persatuan wanita dan ibu tunggal di negeri ini mampu menggerakkan pelbagai program khusus untuk golongan itu melalui geran bantuan RM5,000 yang disediakan Kerajaan Selangor.

Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Kebajikan dan Wanita (Peka) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya berkata pihaknya merancang mengadakan bengkel keusahawanan bagi menaik taraf ekonomi ibu tunggal di kawasan berkenaan.

Norita Che Ali memaklumkan program motivasi turut dirancang berikutan ramai ibu tunggal yang terkesan mental sepanjang perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19.

“Fokus kami ke arah pembangunan ibu tunggal, jadi dengan bantuan ini kami boleh beri sedikit ilmu kepada merkea supaya ekonomi keluarga dapat ditambah baik.

image
Setiausaha Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Cekal DUN Sungai Kandis Roslida Udin

“Kami menghargai usaha Kerajaan Negeri yang memberi tumpuan terhadap ibu tunggal. Insya-Allah peruntukan ini digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti berkaitan,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, geran bantuan ibu tunggal disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Jelajah Selangor Penyayang di KIP Mall Kota Warisan di sini semalam.

Sementara itu, penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bukit Lanjan berkata bengkel sama akan dijalankan dengan menggabungkan PWB seluruh Selangor.

Menurut Juliana Abu Bakar ibu tunggal sewajarnya diberi bimbingan yang betul supaya mampu memajukan diri dan berdaya saing khususnya dalam perniagaan.

“Jika tiada dana memang sukar untuk kami jalankan aktiviti kerana semua benda melibatkan wang. Sama ada kecil atau besar jumlahnya, kita tidak boleh membiarkan golongan ini terkongkong dalam rumah sahaja.

“Sekurang-kurangnya kita bantu mereka. Jika berniaga, kita boleh ajar cara dapat wang dengan lebih cepat untuk menyara keluarga,” katanya sambil menambah 40 ibu tunggal berdaftar setakat ini.

Merancang perkara sama, Setiausaha Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Cekal DUN Sungai Kandis Roslida Udin berkata kertas kerja akan dirangka bagi menjayakan bengkel tersebut.

“Alhamdulillah, sebenarnya kami tidak menyangka menerima geran ini. Insya-Allah ia akan digunakan pihak pengurusan untuk memberi ilmu keusahawanan kepada ibu tunggal.

“Kita tidak mahu memberi mereka bantuan wang ringgit semata-mata, sebaliknya ilmu dan kemahiran penting supaya dapat berdikari,” katanya.

image
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin (empat, kanan) menyerahkan Geran Mekar Kasih Ibu Tunggal kepada penerima ketika Jelajah Selangor Penyayang Daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
 

 

Diterbitkan pada 30 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator