Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

MPSepang cadang bina stesen bas berwajah baru, Terminal@Dengkil

Selangorkini

  11:23 am

 

SHAH ALAM, 23 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bercadang membina stesen bas berwajah baharu dikenali Terminal@Dengkil dianggarkan bernilai RM20 juta di tapak Medan Niaga Dengkil.

Yang Dipertuanya berkata tapak medan niaga itu akan dirobohkan untuk tujuan berkenaan dan pembinaan stesen bas itu dijangka bermula pertengahan tahun hadapan.

Bagaimanapun Dato’ Abd Hamid Hussain berkata pihaknya masih belum memuktamadkan reka bentuk kompleks selain belum mengeluarkan tender untuk projek terbabit.

“Kita juga masih berbincang dengan Pejabat Tanah Daerah Sepang untuk mendapatkan kawasan tanah berhampiran yang ingin dibangunkan itu supaya terminal bas nanti mempunyai kawasan lebih luas.

“Sementara medan selera di situ pula sudah berusia hampir 20 tahun dan akan dinaik taraf untuk pembaharuan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Dato’ Abd Hamid maklum mengenai keluhan peniaga namun katanya, dasar MPSepang menetapkan had peniaga menyewa premis perniagaannya setakat 10 tahun.

“Peniaga maklum mengenai perkara ini kerana ia bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga lain berniaga.

“Di medan niaga itu, terdapat lima peniaga sudah menjalankan perniagaan melebihi 10 tahun dan mereka diberikan notis untuk mengosongkan premis,” katanya.

Bagi menyempurnakan projek pembangunan, MPSepang juga berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan susur keluar dan masuk agar tidak menghalang trafik ke jalan utama.

Pembinaan stesen bas itu juga dijangka memberi kemudahan kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak berdekatan selain penduduk setempat.

image

Medan Niaga Dengkil akan dirobohkan untuk dibangunkan menjadi stesen bas berwajah baharu dikenali Terminal@Dengkil pada tahun hadapan. Foto Ihsan Facebook Medan Selera Dengkil

Diterbitkan pada 30 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator