Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Nasi ambeng diwarta sebagai makanan tradisi, warisan Selangor

Selangorkini

  4:08 pm

 

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SEPANG, 27 NOV: Nasi ambeng telah diwartakan sebagai makanan tradisi dan warisan Selangor, kata EXCO Kebudayaan.

Borhan Aman Shah berkata pewartaan itu dibuat Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

“Pewartaan nasi ambeng sebagai identiti bagi mewakili salah satu makanan tradisi Selangor yang bertujuan memulihara dan mengekalkannya sebagai makanan warisan Selangor.

“Majlis pengisytiharan nasi ambeng sebagai makanan warisan Selangor disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, semalam.

“Pengisytiharan tersebut bertujuan menguar-uarkan mengenai pewartaan selain memperkenalkan ciri-ciri nasi ambeng Selangor serta penerbitan sebuah buku Nasi Ambeng Selangor sebagai rujukan kepada masyarakat,” katanya hari ini.

Terdahulu, Borhan menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan Kerajaan Negeri menganjurkan fiesta hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia menerusi penyediaan 2,022 dulang hidangan di Pantai Bagan Lalang, di sini.

Selaras pewartaan itu, beliau menyeru jabatan serta agensi kerajaan di Selangor menyajikan hidangan nasi ambeng kepada tetamu mereka untuk memperkenalkan makanan tradisi itu dengan lebih meluas.

image

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah (tiga, kiri), EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (dua, kiri) dan isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad (dua, kanan) menikmati nasi ambeng sempena Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 27 November 2022.Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

Diterbitkan pada 30 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator