Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Yide bantu 40 mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan Dengkil

Selangorkini

  5:56 pm

 

SHAH ALAM, 1 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan bantuan kepada 40 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Sepang dekat sini, semalam.

Agensi memaklumkan bantuan pek kasih menerusi skuad prihatin Yide itu disampaikan Eksekutif Kebajikannya Muhammad Zubair Azizan kepada mereka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Dengkil.

“PPS ini dibuka kelmarin (Isnin lalu) selepas beberapa kawasan di daerah ini ditenggelami air.

“Kita mendoakan agar mangsa tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mengharapkan dijauhkan daripada musibah banjir yang besar,” katanya menerusi Facebook.

Yide merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan infaq dan sumbangan tersebut telah diagihkan kepada golongan memerlukan.

Mereka yang berminat menghulurkan infap bagi membantu mangsa musibah boleh berbuat demikian menerusi https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/

image

Eksekutif Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Muhammad Zubair Azizan (kanan) menyampaikan bantuan

kepada salah seorang mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Orang Ramai Dengkil,

Dengkil pada 30 November 2022. Foto Facebook YIDE

 

Diterbitkan pada 10 Januari, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator