Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

694 keluarga di Sepang, Kuala Selangor terima sumbangan fidyah Mais

Selangorkini

by Sofia Nasir   7:09 pm

 

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan agihan fidyah sebanyak RM102,712 kepada 694 keluarga di Sepang dan Kuala Selangor, hari ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan diserahkan dalam bentuk barangan makanan asas dengan nilai RM148 kepada satu keluarga.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan fidyah Mais,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Mais agihan turut melibatkan kerjasama daripada sembilan Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja, SK Salak, dan sebagainya.

Mais berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan bebanan penerima.

“Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php,” katanya.

image

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneyerahkan agihan fidyah kepada penerima sekitar Daerah Sepang dan Kuala Selangor. Foto Facebook Mais

Diterbitkan pada 15 Mac, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator