Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Subsidi yuran taska ringan beban bulanan golongan pendapatan rendah

Selangorkini

by Suhaila Shahrul Annuar  11:02 pm

SEPANG, 11 MAC: Subsidi yuran taska disediakan Kerajaan Negeri mengurangkan beban ibu bapa golongan berpendapatan rendah B40 untuk membayar yuran bulanan.

Pemilik Taska Cahaya Permata Dengkil berkata subsidi berjumlah RM100 di bawah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) itu menjadi talian hayat buat ibu bapa yang memerlukan.

“Setiap tahun taska kami membuat permohonan ini bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa B40 untuk membayar yuran.

“Kali ini seramai lapan kanak-kanak di taska ini menerima bantuan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM800,” kata S Gunasegeran ketika ditemui pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Sepang di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana di sini, hari ini.

Sementara itu, penerima Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Abd Roni Awang berkata bantuan baucar beli-belah RM150 itu akan digunakan untuk pembelian kelengkapan barangan dapur bagi bulan ini.

“Saya sudah beberapa kali menerima bantuan ini. Sebelum ini RM100 tahun ini naik kepada RM150 saya sangat bersyukur kerana ia membantu menampung perbelanjaan rumah bulan ini,” katanya.

Bagi pesara A Jaganadarau,59, kenaikan nilai baucar dari RM100 ke RM150 menandakan Kerajaan Negeri prihatin dengan keperluan rakyat yang meningkat saban tahun.

Majlis penyerahan kesemua bantuan disempurnakan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata Selangor memperkemaskan kebajikan orang kurang upaya (OKU) dengan mendaftarkan golongan tersebut di bawah SMIS.

Sebelum ini OKU diletakkan di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif tersebut distruktur semula selain meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150.

image

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail bergambar bersama penerima Skim Asuhan Bantuan Anakku Pintar (Asuh Pintar) ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang dun Sepang di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana pada 11 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Diterbitkan pada 15 Mac, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator