Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Pengusaha restoran teruja terima kunjungan MB, jadi kenangan terindah

Selangorkini

  12:06 pm

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 11 MAC: Pengusaha Restoran Dapur Kampung, Taman Putra Perdana di sini menyifatkan kunjungan Dato’ Menteri Besar untuk bersarapan pagi ini sebagai kenangan teristimewa sepanjang 15 tahun berniaga.

Mengakui bangga dan teruja, Jamlus Mahat, 60, berkata beliau pada mulanya gementar apabila diberitahu tiga hari lalu mengenai kedatangan Dato’ Seri Amirudin Shari ke premis miliknya.

image
Pengusaha Restoran Dapur Kampung, Jamlus Mahat. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Mestilah gementar orang nombor satu negeri nak datang ke kedai. Hari ini hari yang sangat istimewa, belum pernah orang kenamaan datang ke restoran kami.

“Saya rasa sangat gembira dan bangga bila Menteri Besar memilih bersarapan di sini dan dapat berjumpa depan-depan dengannya,” katanya kepada Selangorkini.

Kata Jamlus, nasi lemak yang menjadi menu popular pengunjung di kedai itu adalah resepi sejak 15 tahun dahulu.

“Saya mula berniaga di Masjid Jamek Kuala Lumpur dan selepas itu membuka cawangan di Cyberjaya dan seterusnya di sini (Taman Putra Perdana),” katanya.

Dato’ Menteri Besar hari ini menyantuni penduduk sekitar Sepang dengan meluangkan masa bersarapan di Restoran Dapur Kampung.

Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Dato’ Seri Amirudin Shari memilih menikmati nasi lemak sambal sotong iaitu menu popular di kedai berkenaan.

image

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) memilih menu nasi lemak sambal sotong ketika bersarapan di Restoran Dapur Kampung, Taman Putra Perdana, Sepang pada 11 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 
 

 

Diterbitkan pada 15 Mac, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator