Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Rumah terbuka Aidilfitri di Sepang meriah, 10,000 pengunjung hadir

Selangorkini

by Siti Rohaizah Zainal  11:42 pm

SEPANG, 28 APRIL: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri membuka tirai malam ini dengan 10,000 pengunjung hadir memeriahkan rumah terbuka negeri bertempat di tapak pasar pagi Pekan Salak, di sini.

Program bermula jam 8 malam sehingga 11 malam itu diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Dato’ Abd Hamid Hussain.

Turut hadir EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Speaker Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib Hasnul Baharuddin dan ADN Dengkil Adhif Syan Abdullah.

image
Seramai 10,000 pengunjung hadir program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sepang di Pasar Awam Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin dan isteri kemudian meluangkan masa mengunjungi 31 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah antaranya kambing bakar, ayam golek, sate, roti jala, lemang, rendang, nasi lemak, apam balik, buah potong dan air balang.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak serta memenuhi permintaan pengunjung yang mahu bergambar bersamanya.

Terdahulu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Siti Nordiana dan tarian artis Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (PADAT) Selangor.

image
Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengunjungi ke reruai makanan sempena program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sepang di Pasar Awam Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Jelajah Kita Selangor Aidilfitri berlangsung di sembilan daerah bermula di Sepang malam ini, diikuti padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor esok dan Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April).

Rumah terbuka negeri juga berlangsung di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei), tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Program tersebut diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segera dipohon.

image
Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama pengunjung program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sepang di Pasar Awam Salak, Sepang pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
 
Diterbitkan pada 2 Ogos, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator