Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Sultan rasmi Hospital Sultan Idris Shah, dulu dikenali Hospital Serdang

Selangorkini

by Suhaila Shahrul Annuar  3:24 pm

SEPANG, 8 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor hari ini berkenan merasmikan Hospital Sultan Idris Shah yang dijenamakan semula daripada Hospital Serdang.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin disambut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Baginda berdua turut berkenaan meluangkan masa kira-kira sejam melawat galeri kapsul masa, unit radiologi jantung dan makmal non-invasif kardiologi di pusat jantung hospital berkenaan.

Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapannya memaklumkan hospital yang memulakan perkhidmatan pertama dengan kepakaran nefrologi kini mempunyai 22 kepakaran klinikal termasuk kardiologi.

image
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mendengar taklimat daripada Ketua Unit Radiologi Jantung Dr Yusri Mohammed ketika melawat bilik imbasan CT di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada 8 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata hospital pakar major seluas 45 ekar dengan kos binaan lebih RM771 juta itu juga menjadi pusat rujukan rawatan jantung termasuk kes kompleks bagi seluruh negara.

“Perkhidmatan jantung hospital ini paling sibuk dengan beban kerja tertinggi antara semua fasiliti perkhidmatan jantung di Kementerian Kesihatan dan mengendalikan lebih 40,000 pesakit luar setahun.

“Pengisian jawatan dan alatan secara berfasa bakal menjadikan perkhidmatan jantung di hospital ini antara yang terbaik dalam negara dan Asia Tenggara apabila beroperasi penuh kelak,” katanya.

Dr Zaliha menambah pusat jantung hospital yang beroperasi berperingkat mulai 12 Disember tahun lalu menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pembedahan, bius, perfusi, pemulihan dan pengimejan.

Hospital yang beroperasi dengan kapasiti 668 buah katil pada Mei 2005 turut melaksanakan lebih 12,000 rawatan invasif setahun termasuk angiogram dan angioplasti koronari.

 

Diterbitkan pada 2 Ogos, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator