Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

MBI sumbang RM5,000 sokong pembangunan sukan orang Asli Sepang

Selangorkini

by Suhaila Shahrul Annuar  11:30 pm

SEPANG, 10 JUN: Sejumlah RM5,000 disumbangkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada kontinjen orang Asli daerah Sepang bagi menyokong agenda pembangunan sukan komuniti itu.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata sumbangan berkenaan bagi menyokong penyertaan kontinjen itu dalam Karnival Sukan Orang Asli peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023 yang akan berlangsung esok.

“Sumbangan ini membantu mereka untuk menampung pelbagai kos seperti latihan, pengangkutan dan pembelian pakaian.

“MBI sentiasa proaktif dalam membantu orang Asli dan sentiasa bersedia jika ada sebarang permohonan yang perlu kita santuni daripada pelbagai sudut kepentingan termasuk pendidikan serta hal ehwal perumahan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Kontinjen Sukan Daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian.

Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Sepang Mohamed Rasaki Abdul Majid berkata penyertaan kali ini berbeza dengan tahun yang lalu apabila atlet dapat menjalani latihan sebelum temasya.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini penyertaan dari daerah Sepang biasanya bidan terjun dan tidak menjalani latihan sebelum temasya.

“Tetapi kali ini kita tukar konsep dan dengan sokongan dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri atlet orang Asli dari daerah Sepang dapat melakukan latihan berpusat bersama jurulatih dan lebih tahu peraturan dan undang-undang sukan terkini,” katanya.

image

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian (berdiri depan, tengah) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (berdiri depan dua, kanan) dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah Sepang, Mohamed Rasaki Abdul Majid (berdiri depan tiga, kanan) bergambar bersama kontinjen sukan daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan 2023, di Balai Perdana Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang pada 10 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI.

Diterbitkan pada 2 Ogos, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator