Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Pesta Pantai Bagan Lalang tarik ribuan pelancong, jana ekonomi setempat

Selangorkini

  4:44 pm

Oleh AMIRUL FAZLI

SEPANG, 19 OGOS: Pesta Pantai Bagan Lalang bakal menjadi acara tahunan yang menarik pengunjung bukan sahaja dari Selangor tetapi juga seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata lokasi pantai yang strategik di Sepang termasuk dihubungkan dengan jaringan lebuh raya memudahkan orang ramai berkunjung.

“Pengunjung mudah untuk datang ke sini kerana dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain terdapat Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta lebuh raya Plus.

“Pantai ini semakin dikenali orang ramai kerana kemudahan asas yang ada seperti hotel, kedai makan, kemudahan yang lengkap dan banyak lagi. Sudah tentu acara ini menjana ekonomi penduduk setempat,” kata Ahli Parlimen Sepang ketika merasmikan pesta pantai, hari ini.

image
Orang ramai mengunjungi Pesta Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 19 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Dato’ Abd Hamid Hussain berkata seramai 10,000 pengunjung disasar hadir ke acara yang berlangsung selama dua hari itu.

“Ada pengunjung yang datang dari Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan negeri lain.  Kehadiran ramai pengunjung sudah pasti memberi kecerian kepada para perniaga untuk menjana pendapatan mereka.

“Kita juga jalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi Kerajaan Negeri untuk memastikan program ini berjalan lancar serta mampu menarik lebih ramai orang datang,” katanya.

Pesta Pantai Bagan Lalang berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Ogos dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan.

image
 
 
 
 
 
Diterbitkan pada 22 Ogos, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator