Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Pengunjung sambut baik, mahu Pesta Pantai Bagan Lalang jadi acara tahunan

Selangorkini

  10:00 pm

Oleh AMIRUL FAZLI

SEPANG, 19 OGOS: Ribuan pengunjung dari dalam dan luar Selangor  memanfaatkan cuti hujung minggu dengan mengunjungi Pesta Pantai Bagan Lalang di sini hari ini.

Seorang pengunjung Shafizam, 37, memuji penganjuran pesta yang menyajikan pelbagai aktiviti bermanfaat dari segenap lapisan umur.

image

“Saya selalu datang ke pantai ini tetapi hari ini lebih meriah kerana ada pesta jadi anak-anak saya sangat gembira dan program seperti ini juga bagus untuk mereka

“Banyak juga aktiviti di pantai yang boleh disertai orang dewasa selain melihat persembahan seni mempertahan diri,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi Salina Abdul Razak, 45, selain berharap pesta pantai ini diteruskan sebagai acara tahunan.

image

“Jika tiada program seperti ini, anak-anak banyak menghabiskan masa bersama gajet tetapi hari ini anak-anak bersosial secara sihat yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal mereka,” katanya yang hadir memberi sokongan kepada anaknya yang menyertai pertandingan silat.

Sementara itu, seorang perniaga, Sharifah Sofia, 30, menyambut baik program ini kerana ia memberi ruang dan peluang untuk perniaga sepertinya untuk menjana pendapatan tambahan.

image

“Ini adalah perniagaan pertama saya Covid-19 dan saya amat bersyukur kerana dapat peluang seperti ini untuk menyembangkan lagi perniagaan saya,” katanya.

Pesta anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang berlangsung dua bermula hari ini pada 7.30 pagi hingga 11 malam manakala 8 pagi hingga 5 petang (Ahad).

image
Orang ramai hadir tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk menghadiri Pesta Pantai 2023, Bagan Lalang, Sepang pada 19 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Selain penganjuran acara sukan pantai, pertunjukkan seni mempertahankan diri dan pertandingan bina istana pasir, pengunjung turut berpeluang membawa pulang motosikal, televisyen dan telefon pintar menerusi acara cabutan bertuah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu menyempurnakan pesta berkenaan dan turut dihadiri Yang Di Pertua MPS Dato’ Abd Hamid Hussain.

image

Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu merasmikan Pesta Pantai Bagan Lalang 2023 sambil diperhatikan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang,

Dato’ Abd Hamid Hussain (kanan) dan Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim (kiri) di Bagan Lalang, Sepang pada 19 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

 

Diterbitkan pada 22 Ogos, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator