Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Jualan ala pasar karat di Lorong Seni @ BBST Walk Bandar Baru Salak Tinggi

Selangorkini

by Zareef Muzammil  2:00 pm

SHAH ALAM, 12 DIS: Jualan berkonsep pasar karat menjadi tarikan baharu Lorong Seni @ BBST Walk di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang beroperasi sejak 2 Disember.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang berkata setakat ini seramai 11 peniaga ditempatkan di situ dengan memasarkan pelbagai barangan antik termasuk kraftangan, karakter animasi, miniatur dan makanan tradisional.

Menurut Dato’ Abd Hamid Hussain, jualan dibuka pada Sabtu dan Ahad dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, dengan pelaksanaannya masih dalam tempoh percubaan bagi melihat sambutan pengunjung terutama waktu pagi.

“Setakat minggu kedua pengoperasian, penerimaan pengunjung agak baik. Ramai pengunjung pada Sabtu cuma Ahad kurang sedikit. Kita akan cuba untuk mendapatkan momentum dengan memperhebat publisiti,” katanya kepada Selangorkini.

image

 

Beliau juga merancang untuk menambah bilangan usahawan khususnya yang menjalankan perniagaan seni lukisan, wang syiling dan wang kertas lama selain tanjak, songkok serta capal.

“Ini sejajar hasrat untuk membantu usahawan meraih pendapatan melalui jualan produk masing-masing selain menceriakan dan menghidupkan suasana di kawasan terbabit.

“Tambahan pula lorong seni ini sudah dinaik taraf berdasarkan program Reka Bentuk BBST dengan pelbagai lukisan mural dipaparkan yang mampu menarik kedatangan pengunjung,” katanya.

Sebelum ini, Abd Hamid memaklumkan lokasi di tapak seluas 5,938 ekar yang dinaik taraf akan menjadi tarikan pelancong berikutan kedudukannya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Naik taraf melibatkan dataran awam, pusat penjaja, laluan basikal dan pejalan kaki termasuk pengindahan bangunan lorong belakang dengan lukisan mural yang menggambarkan daerah Sepang antaranya lapangan terbang, F1 (Formula 1) dan Pantai Bagan Lalang.

image

image

image

image

 

Diterbitkan pada 15 Disember, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator