Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
w3c
 
jata selangor title

 


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas


Peta
Laman

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Semua negeri wajar contohi Selangor laksana saringan Covid-19 secara percuma

Selangorkini

SEPANG, 2 JUN: Semua negeri disaran melaksanakan pemeriksaan Covid-19 secara percuma seperti dianjurkan Kerajaan Selangor menerusi program Saringan Komuniti.

Ahli Parlimen Sepang,  Mohamed Hanipa Maidin berkata tindakan itu dapat mengesan jangkitan disamping boleh mengasingkan mereka yang dijangkiti lebih awal.

“Saya memuji langkah Kerajaan Selangor membantu rakyat terutama golongan kategori berpendapatan rendah (B40) melakukan saringan percuma,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Saringan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya, di sini hari ini.

Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bercakap kepada Media Selangor ketika Program Ujian Saringan Covid-19 di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Ujian Saringan Covid-19 percuma di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021.

Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Kemaskini pada 2021-06-03 10:11:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page