Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

PPV mega Movenpick mampu beri lebih 5,000 dos vaksin sehari

Selangorkini

  8:53 am

 

SEPANG, 6 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) mega Movenpick KLIA, yang mula beroperasi semalam mempunyai kemampuan untuk memberi vaksin Covid-19 sehingga 5,120 dos sehari kepada penduduk terutama dari daerah Sepang, kata Pengurus PPV Mega Movenpick KLIA Dr Noraziah Abdul Karim.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata PPV mega itu beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 9 malam dan dijangka dibuka sehingga hujung tahun.

Dr Noraziah berkata PPV mega itu merupakan kolaborasi antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pihak swasta iaitu MB Perkasa Sdn Bhd dan Golden Horses Health Sanctuary Chinese Medical Centre.

“Kami menyediakan dua dewan di sini untuk mempercepatkan proses vaksinasi,” katanya dan menambah bahawa PPV mega menyediakan laluan pantas untuk penerima vaksin yang berkerusi roda dan untuk golongan orang kurang upaya.

Pengurus Besar Movenpick Hotel Convention Centre Wan Enderi Mohd Saad berkata sebelum pandemik Covid-19 melanda, tempat itu dipenuhi dengan jemaah haji pada setiap tahun dan kini bakal dipenuhi dengan penerima vaksin setelah dijadikan PPV mega.

“Kami bangga dapat terlibat dalam program ini kerana ini merupakan usaha besar untuk memulihkan negara dan mempercepatkan Malaysia mencapai imuniti kelompok.

“Saya berharap kita dapat segera kembali ke zaman sebelum COVID-19 apabila industri hotel dan pelancongan dapat kembali aktif serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta,” katanya.

Seorang penerima vaksin yang ditemui, Foong Kok Chuan, 55, berkata beliau gembira mendapat vaksin hari ini kerana akan boleh melawat saudara-mara kelak setelah lengkap menerima dua dos nanti.

“Layanan di sini sangat bagus, proses sangat cepat dan tempat ini selesa. Sukarelawan yang ada di sini pun banyak membantu saya,” kata juruteknik di sebuah kilang di Bandar Baru Bangi, P. Sivaguganesan, 55, yang memuji perjalanan di PPV mega itu.

-BERNAMA

image

SEPANG, 5 Julai — Penerima vaksin menerima konsultasi di stesen tiga sebelum boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika tinjauan Bernama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Movenpick KLIA hari ini. PPV Mega Movenpick bermula hari ini dibuka mulai 8 pagi sehingga 9 malam dijangka beroperasi sehingga penghujung tahun ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kemaskini pada 2021-07-15 11:27:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page