Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
w3c
 
jata selangor title

 


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas


Peta
Laman

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Lebih 2,000 penduduk Dengkil terima vaksin negeri

Selangorkini

SEPANG, 24 SEPT: Kira-kira 2,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menerima suntikan pelalian Covid-19 di bawah program Vaksin Selangor (Selvax) komuniti dan bergerak.

Pegawai Penyelarasnya Hamidi A Hasan berkata inisiatif Kerajaan Negeri itu memudahkan orang ramai kerana kedudukan pusat pemberian vaksin yang strategik selain pendaftarannya yang mudah.

Jelasnya, golongan tercicir seperti individu baharu berusia 18 tahun dan warga asing tidak mempunyai dokumen turut dibantu mendapat suntikan.

“Penularan varian membimbangkan seperti Delta memerlukan lebih ramai disuntik vaksin bagi mengelakkan penularan jangkitan dan kesan lebih teruk.

“Mungkin ada yang belum dapat janji temu dalam program vaksin kerajaan pusat terutama warga asing tidak mempunyai dokumen, jadi Selvax bantu beri suntikan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Selvax Bergerak di Pasar Awam Dengkil.

Program Selvax bergerak dijalankan sejak 12 September bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian.

Inisiatif itu dibuat secara berperingkat antaranya membabitkan DUN Bandar Baru Klang, Batu Tiga, Tanjung Sepat, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Batang Kali dan Hulu Bernam.

Program tersebut terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing dengan membuat pendaftaran awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Dengkil, Hamidi A Hasan ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Pasar Awam Dengkil, Sepang pada 24 September 2021. Foto AMIN RIDZUAN ISHAK/SELANGORKINI

 


Kemaskini pada 2021-09-29 17:36:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page