Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Beri bantuan perubatan, peralatan sekolah ringan beban penduduk

Selangorkini

 

SEPANG, 7 NOV: Ahli majlis digalakkan menyumbang bantuan perubatan dan keperluan sekolah bagi meringankan beban penduduk, kata EXCO Kerajaan Tempatan.

Ng Sze Han berkata inisiatif itu penting memandangkan sesi persekolahan sudah bermula selain permintaan untuk bakul makanan sudah berkurangan.

“Selangor sudah beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ramai individu sudah kembali bekerja. Jadi permintaan bakul makanan berkurang.

“Sekarang perubatan dan alatan sekolah antara keperluan penting untuk membantu keluarga dan mengurangkan beban perbelanjaan,” katanya.

Beliau ditemui pada program Jom Kembali Ke Sekolah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Majlis Perbandaran Sepang Zon Kota Warisan hari ini.

Dalam majlis itu seramai 100 pelajar termasuk tujuh anak Orang Asli menerima bantuan baucar, kalkulator saintifik dan set geometri membabitkan peruntukan berjumlah RM10,000.

Sementara itu ahli majlis Gun Chee Hui berkata bantuan akan diteruskan lagi sempena pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan.

“Kita lihat bantuan ini antara yang diperlukan. Jika ada permintaan dari pihak sekolah dan penduduk sekitar kita bersedia untuk membantu mereka,” katanya.

image

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han (dua, kanan) menyerahkan kalkulator saintifik dan set geometri kepada pelajar sempena program Jom Kembali Ke Sekolah di Pusat Kitar Semula, Kota Warisan, Sepang pada 7 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kemaskini pada 2021-11-09 13:04:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page