Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Peta mudahkan pelawat tinjau lokasi, menu popular Sungai Pelek

Selangorkini

SEPANG, 9 NOV: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek menyediakan peta pelancongan khusus bagi kemudahan pengunjung ke lokasi menarik di situ.

Inisiatif wakil rakyatnya Ronnie Liu meliputi Kampung Buah Naga, Pantai Bagan Lalang selain aktiviti teroka dan memancing di Sungai Sepang.

Beliau berkata peta Sepang-Sungai Pelek-Salak menyasarkan pelawat yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sekitar Tanjung Sepat.

“Kehadiran lebih ramai pengunjung membantu meningkatkan pendapatan penggiat industri pelancongan dan pengusaha seperti kerepek dan restoran,” katanya berharap lebih banyak hotel dibina di situ.

Kemudahan itu dirasmikan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian di Avani Sepang Goldcoast Resort hari ini.

Sementara itu, Loy Sian memaklumkan peta tersebut turut dilengkapi lokasi makanan popular dan tempat tinggal untuk rujukan interaktif pelancong.

“Peta ini juga dapat memperkenal lebih dekat sesebuah kawasan dengan pelancong,” katanya.

Peta itu boleh didapati secara percuma di lokasi pelancongan bawah Tourism Selangor dan beberapa daerah seperti Sekinchan serta Kuala Selangor.

image
Hee Loy Sian (dua, kanan) bersama Ronnie Liu (tiga, kiri) menunjukkan peta pelancongan DUN Sungai Pelek ketika melancarkannya di Avani Sepang Goldcoast Resort pada 9 November 2021. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

 

 

Kemaskini pada 2021-12-27 10:50:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page