Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Jambatan Dengkil dibuka semula tengah hari esok

Selangorkini

SHAH ALAM, 16 JAN: Jambatan di Dengkil dibuka semula kepada semua kenderaan di laluan Banting-Semenyih mulai jam 12 tengah hari esok, maklum Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Sepang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya kerana memberi kerjasama ketika kerja pembaikan dilaksana.

Pada 17 Disember tahun lalu sebahagian daripada jambatan sepanjang 54 meter dari arah pekan Dengkil ke Jenderam runtuh disebabkan hakisan menyebabkan ia ditutup kepada semua kenderaan.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjangkakan jambatan itu siap dan dibuka kepada orang ramai pada hujung Januari ini.

Menurutnya, kos pembaikan dianggarkan RM500,000 hingga RM2.8 juta bergantung kepada jarak pembaikan.


Kemaskini pada 2022-01-26 14:24:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page