Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Jom meriahkan Hari Tanpa Kenderaan MPSepang Sabtu ini

Selangorkini

 

SHAH ALAM, 18 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mempelawa orang ramai memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan pada Sabtu ini.

Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata program seawal jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dijadual berlangsung di BBST Walk Bandar Baru Salak Tinggi.

” Sebelum ini kita anjurkan di Tasik Cyberjaya tetapi kali ini kita mahu mempromosi BBST Walk yang sudah diberi nafas baharu dengan pelbagai lukisan mural yang cantik.

“Justeru, kita mengajak penduduk Sepang bersama memeriahkan program pada hujung minggu ini sambil beriadah bersama keluarga,” katanya.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah tarian kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pameran polis dan bomba.

Selain hari bertemu pelanggan, persembahan pentas, fun walk 5,000 langkah dan zumba turut dianjurkan.


Kemaskini pada 2022-07-21 10:07:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page