Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Semenyih 2: LRA pertama guna sistem automatik rawat air, jimat tenaga kerja

Selangorkini

 

SEPANG, 18 OGOS: Loji rawatan air (LRA) Semenyih 2 di Dengkil menjadi pusat merawat air pertama di negara ini yang menggunakan sistem automatik sepenuhnya, kata ketua operasi Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ir Abas Abdullah berkata loji berkenaan beroperasi dengan sistem teknologi lengkap yang progresif seiring pembangunan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

“Inisiatif ini membolehkan Air Selangor mengurangkan tenaga kerja daripada 23 kepada 10 kakitangan.

“Dalam masa sama, langkah ini dapat memastikan bekalan air terawat dapat dibekalkan terus kepada pengguna. Sistem ini bakal dibangunkan di LRA Sungai Rasau,” katanya pada sidang media di LRA berkenaan, hari ini.

Menurut Ir Abas, loji berkenaan turut dilengkapi sistem takungan air pinggiran sungai yang berperanan mencegah risiko henti tugas LRA sekiranya berlaku pencemaran.

“LRA Semenyih 2 ini dibina pada 2016 dengan kos RM155 juta dan beroperasi sejak Mac 2018. Loji ini mengagihkan bekalan air terawat kepada 480,000 pengguna dengan majoritinya penduduk di Hulu Langat.

“Loji ini menghasilkan 100 juta liter air sehari dan menjadi antara komponen penting untuk mempertingkatkan margin rizab air kepada 15 peratus menjelang 2030,” katanya.

image
 
Ketua Operasi Air Selangor Ir Abas Abdullah (tengah) memberi taklimat kepada media ketika sesi lawatan di loji rawatan airSemenyih 2 Dengkil, Sepang pada 18 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Kemaskini pada 2022-08-29 12:17:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page