Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Pembangunan bersepadu rangsang ekonomi Sepang, Kuala Langat

Selangorkini

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sepang dan Kuala Langat bakal menerima tempias ekonomi menerusi Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) yang dianggarkan bernilai RM1 trilion.

Dato’ Menteri Besar berkata daerah itu telah dikenal pasti bagi pembangunan berasaskan wilayah untuk memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, pembangunan pelaburan swasta bersepadu di dua daerah itu disokong penyediaan kelengkapan oleh negeri yang turut menyediakan insentif bersama kerajaan pusat.

“Ia merangkumi jumlah keluasan 40,000 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 trilion,” katanya ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 7 Julai, EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata usaha membawa projek berimpak tinggi ke selatan negeri bagi mengimbangi pembangunan supaya tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja.


Kemaskini pada 2022-08-29 12:37:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page