SEPANG 21 JAN: Seramai 359 keluarga menerima bantuan bencana banjir kilat
yang melanda daerah itu baru-baru ini.
Sumbangan itu disampaikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan
Keluarga, Dr Daroyah Alwi malam tadi.

Daripada 359 keluarga yang menerima sumbangan bencana daerah Sepang
itu 94 daripadanya adalah daripada Desa Merpati, Lembah Jaya (73),
Kg Salak Tinggi (67), Kg Ghicing (40), Kampung Semarang (29).
Turut menerima bantuan itu keluarga di RTB Labu Lanjut (21),
Kg Ampar Tenang (20), Desa Salak Indah (14) dan 1 keluarga dari Tanjung Mas.
Hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin,
Adun Sg Pelek, Lai Nyuk Lan, Adun Adun Tanjung Sepat, Ir Haslin Hassan
serta Pegawai Daerah Sepang Roslina Md Jani.
EZY