Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Jelajah Selangor Penyayang di Sepang tawar 15 aktiviti tarikan belia

Selangorkini

  3:49 pm

 

SHAH ALAM, 29 OKT: Jelajah Selangor Penyayang (JSP) daerah Sepang menawarkan 15 aktiviti tarikan belia sepanjang dua hari program diadakan.

Ketua Penggerak Belia Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil Khairil Izzat Nordin berkata antara aktiviti diadakan ialah pertandingan push-bike dan e-sukan.

“Penggerak Belia Selangor DUN Dengkil menyambut baik pelaksanaan Jelajah Selangor Penyayang di daerah Sepang.

“JSP kali ini merupakan jelajah siri ke-8 yang menjadi platform terbaik menemukan rakyat bersama pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Jelajah bantuan rakyat fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat berlangsung di Sepang pada hari ini dan esok.

Bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat, program di KIP Sentral, Kota Warisan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara antaranya persembahan artis popular Nabila Razali dan Baby Shima, saringan percuma, jualan barangan asas murah serta pameran.

Program yang sebelum ini berlangsung di lima daerah menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan kesenian, saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Sebelum ini, ia diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.


Kemaskini pada 2022-11-29 17:42:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page