BERITA SELANGOR | | 15 JUN 2016
Selangor perluas inisiatif hijau bebas plastik, kini di MPSepang
OLEH : AFIX REDZUAN
SEPANG, 15 JUN: Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong menyempurnakan pelancaran Pasar Ramadan Mampan 2016 peringkat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).
Pasar Ramadan Mampan merupakan program inisiatif hijau baru yang diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi mendidik masyarakat mengurangkan kebergantungan kepada pembungkus makanan plastik dan polisterin.
![]() |
“Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan Pasar Ramadan Mampan. |
“PBT perlu memainkan peranan bagi menggalakkan pengguna membawa beg atau bekas makanan sendiri,” katanya dalam ucaptama perasmian.
Hadir sama dalam majlis ini Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md Taib dan Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani.
Elizabeth turut meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga bazar Ramadan di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi.
Pada masa sama, beliau berkata Pasar Ramadan Mampan turut menganjurkan program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai (KISMAT) dengan pembayaran RM1 bagi setiap 1 liter minyak.
katanya, Kerajaan Negeri setakat ini juga sudah memulakan kempen tiga hari tanpa beg plastik bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad.
-nR-
Kemaskini pada 2020-10-12 16:21:37 daripada Administrator