Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

HSR pemangkin pembangunan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda

KHAMIS, 21 JULAI 2016 @ 8:49 PM

HSR pemangkin pembangunan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda

Oleh Samadi Ahmad

bhnews@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Stesen transit bagi perkhidmatan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), yang difahamkan akan dibina di kawasan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang, mampu menjadi pemangkin kemajuan ekonomi penduduk setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif, berkata walaupun cadangan terbabit akan memberi kesan besar kepada penduduk kawasan itu, beliau mahu pihak berwajib menjelaskan lebih lanjut mengenai projek berkenaan. Tegas beliau, isu seperti tapak stesen yang dipilih, berapa luas tanah yang diperlukan selain rumah yang mungkin terjejas berikutan pelaksanaan projek itu dan isu pampasan perlu dimaklumkan terlebih dahulu. "Kampung Abu Bakar Baginda ini adalah perkampungan dengan status Tanah Rizab Melayu dan sekiranya projek ini membabitkan tanah penduduk, saya harap ganti rugi yang setimpal dapat dirundingkan. "Setakat ini, kami belum menerima apa-apa maklumat berkaitan pembinaan stesen HSR di sini, namun kita mengalu-alukan pembangunan kemudahan pengangkutan awam yang moden ini di sini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hashim Ismail, dipetik berkata stesen transit itu akan dibina di kawasan kampung berkenaan. Projek yang dijadualkan siap dalam tempoh 10 tahun itu dijangka memberi kesan besar kepada masyarakat Putrajaya dan kampung berkenaan kerana mampu membawa masuk lebih ramai pelancongan dari dalam dan luar negara, terutama dari Singapura.

image

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175727

 


Kemaskini pada 2020-10-12 16:20:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page