Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Persimpangan bertingkat Dengkil atasi kesesakan

RABU, 27 JULAI 2016 @ 1:38 PM

Persimpangan bertingkat Dengkil atasi kesesakan

Oleh Samadi Ahmad bhnews@bharian.com.my

image

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif

SEPANG: Projek pembinaan persimpangan bertingkat di simpang empat Dengkil yang menjadi laluan utama dari Putrajaya ke Kota Warisan, berupaya menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di kawasan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif, mengakui kerap menerima rungutan penduduk dan pengguna jalan raya kawasan itu. Justeru, katanya, cadangan dikemukakan kepada kerajaan bagi membina persimpangan bertingkat di kawasan itu. "Pembinaan yang akan bermula April tahun itu bakal melancarkan aliran trafik yang sesak ketika waktu puncak sejak beberapa tahun kebelakangan lalu. "Ia susulan pembangunan perumahan yang semakin pesat terutama selepas pembukaan Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menerusi kemudahan itu kelak, pengguna dapat berkongsi dua persimpangan untuk laluan susur keluar ke arah Jenderam dan Dengkil. Sebelum ini, pengguna jalan raya dan penduduk sekitar berdepan kesesakan lalu lintas lebih satu jam untuk keluar bekerja atau menjalankan urusan. Shahrum berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana mendengar rintihan rakyat dan proses penyediaan tender dikatakan rancak dibuat bagi memilih kontraktor melaksanakan projek berkenaan. Katanya, kerja penilaian tanah di tapak projek akan diadakan dalam masa terdekat "Projek pembinaan persimpangan bertingkat empat lorong ini akan memanfaatkan penduduk perkampungan setempat seperti Kampung Olak Lempit, Banting dan Ladang Ampar Tenang," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177422

 


Kemaskini pada 2020-10-12 16:20:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page